Your Shoes Please!
Dashboard//Follow
Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image




Bigfoots!

Cute Panda(s)



Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Syerah Salleh
Others: ? ? ?


Masa Depan...

Assalamualaikum =]

Hiiii.....

Hari ni agak bosan kankankan?


Sini sini sini *tarik tangan korang* ada cerita...

"Nak cerita pasal result ka ni?" Bukan lah sayangg :)

Ni masa depan saya, masa depan saya akan kerja apa? Dimana? Dan banyak lagi...

Okay, sebelum nak cerita. Mesti nak tahu result kan? Alahaiii sikit ja, 1A 4B dan bla bla bla tapi! ADD MATH lulus okay!
Syukur, Alhamdulillah setakat ini saja rezeki aku. Dan ini dah ditentukan, cuma aku saja yang tak berusaha bersungguh-sungguh dan aku dah nampak apa salah dan silap aku selama ni :)
Banyak pengajaran yang aku dapat bila tengok result aku macam tu. Result aku tu tak teruk dan tak cemerlang. Dan sederhana saja, tapi mama ckp dahlah tu saja usaha aku selama 2tahun belajar...
Tapi, kalau dapat straight A's takut bangga sangat, kalau dapat teruk takut menangis ja 24jam!
Okay lah tu kan semua LULUS *nak kata apa lagi dah*
Apa-apa pun, SAINS aku A! Hewhew, sebenarnya kan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku tak berapa minat sangat sains sebab rasa macam susah ja -.-"
Tapi tak sangka kan, dapat A..
TERIMA KASIH YA ALLAH, CIKGU, KEDUA IBU BAPA SAYA =']

Sekarang kan sibuk dengan isi UPU, MAKTAB, etc btw aku pun tergolong jugak la. Hahaha...
Tapi sebelum tunggu tawaran tu, aku akan masuk form6 dulu. Jadi budak sekolah balik *smile*
Dan aku ada apply form6 dekat BJ, heeeee dulu form4 aku dah dapat p. Almaklumlah gedik sikit takmau p.. Hm, rugi nak mampus!!! *gigit chocolate*
Takpa, mungkin ada baik buruknya kenapa aku tak p =]
Kalau ada rezeki kali ni, adalah.. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa dan juga tawakal...
Hm, dulu kankan mama beria-ria nak aku jadi cikgu masuk maktab. Tapi dengan 1A tu mungkin peluang aku untuk masuk maktab agak tipis sekali. Hm, sorry mama sebab tak boleh penuhi keinginan mama tu ='[
Apa-apa pun, Angah akan buat yang terbaik kalau angah dapat masuk maktab. Mama pun ada cakap kalau aku dapat masuk maktab, mama akan buat kenduri.. Ya Allah, kesiannya dekat mama dengan abah. Hmm, kenapa lah aku ni suka sangat main-main T.T
AKU KENA BERUBAH!!!
Kalau di UiTM, mama cakap kalau dapat p. Duduk sana, berubah lah. Yaaa! Angah akan berubah!
Aku apply
Dip.Sains Komputer
Dip.Pengajian Sukan
Tapi, kalau pengajian sukan aku ada temuduga. Alaaaaa macam susah sikit kankan?
Kalau sains komputer, basic maths mesti strong! Lect tu sendiri cakap =D
Senior aku cakap, starting kerja gaaji 3k *mata terbeliak* (0.0)
Okayy not bad right?!
Tapi okay lah tu sebab aku memang minat sains komputer ni ;)
Boleh buat software sendiri ooooooooo *mulut jd bulat*
Heeeeee...
Insyaallah kot dapat masuk *overr ja aku ni*
UPSI, hm aku boleh apply Dip.Pra Pendidikan Awal Kanak-Kanak a.k.a guru pra sekolah. HAHAHA habis lah budak-budak pra kalau aku ajar.. 
DAN Dip.Muzik err saya tak tahu main pun alat muzik dan dan dan tak tahu menyanyi juga.. HAHA Lagipun mama takbagi ambik Dip.Muzik ni sebab aku takdak bakat. HAHA
Itu saja yang aku apply dan berharap sangat dapat....
Nanti you oulls tolong lah doakan okay?
Aku pun doakan koraang semua berjaya jugak
Amin =']

Eh! Sattt...............

Kalau jadi wedding planner okay dak? LOL
hehe, aku memang cukup minat kalau decorate ni. Haaa! Jadi designer pun okay juga.. ATAU photographer lagi lagi lagi lagi lagi aku sukaaaa *dancing*

NI AKAN JADI KERJA SAMBILAN AKU 
nantikan okay?
HEHEHEHEHE

Okay lah guys....
Stop dekat sini tautau?
Nanti aku bagitau lagi aku duduk mana? U mana? Dah kahwin ka? Tunang?Okay??

byeeeeeeeeeeee *lelaambai mcm miss world*